Saturday, December 31, 2011

Macam mana nak simpan minyak wangi?

Saya berasa sangat terkejut apabila mendapati bahawa ramai orang tidak mengetahui bagaimana cara menyimpan minyak wangi dengan betul. Ini menyebabkan minyak wangi mereka kehilangan bau dengan cepat dan tidak tahan lama.

Bukan itu sahaja, malah sesetengah minyak wangi yang berkualiti tinggi kadang-kadang boleh bertukar bau akibat cara menyimpan minyak wangi yang salah.

Oleh itu pada hari ini saya akan berkongsi cara-cara menyimpan minyak wangi dengan betul.

Pertama, letakkan minyak wangi anda di tempat yang sejuk, kering, jauh daripada sinaran matahari dan letakkan jauh daripada sumber panas seperti radiator. Kepanasan melampau dan kesejukan melampau akan menghilangkan keseimbangan minyak dan mengubah baunya.

Sebaik sahaja botol minyak wangi dibuka, gunakannya. Satu semburan akan mengeluarkan udara daripada botol dan minyak wangi akan lambat pudar dan menyejat dengan penutup tetapi minyak wangi paling tinggi kualiti juga akan hilang secara beransur-ansur dengan masa.

Jika anda berminat dengan minyak wangi yang mempunyai kaitan dengan musim, adalah lebih baik jika anda memiliki minyak wangi bagi musim luruh dengan minyak wangi musim luruh dan begitu juga sebaliknya.

Diharap dengan tips ini anda dapat menggunakan minyak wangi anda dengan penuh kegembiraan dan keseronokan.

Friday, December 30, 2011

Bagaimana untuk membuat minyak wangi tahan lama?

Rahsia untuk minyak wangi tahan lama ialah "pelapisan minyak wangi". Lapiskan bau minyak wangi anda dengan pelbagai bentik atau jenis minyak wangi yang sama seperti sabin, minyak mandi, gel,losyen krim,bedak dan minyak wangi itu sendiri.

Setiap satunya akan saling menguatkan antara satu sama lain malah kadang kala ia meningkat sehingga 3-4 kali ganda ketahanan minyak wangi anda.

Pelapisan atau "fragrance dressing" adalah satu cara yang baik bukan sahaja untuk ketahanan minyak wangi malah untuk mengurangkan bau minyak wangi yang terlalu kuat untuk penggunaan seharian.

Kaedah kedua ialah dengan meletakkan minyak wangi anda di tempat yang sejuk seperti peti ais kerana minyak wangi akan bertahan lebih lama dan baunya akan lebih kuat pada tempat bersuhu 3-7 darjah celcius.

Dengan tips ini, saya berharap anda dapat memanfaatkan sepenuhnya dan bergembira bersama minyak wangi anda dan dengan orang yang tersayang.

Thursday, December 29, 2011

Bagaimana untuk menemui minyak wangi yang anda benar-benar suka dan enjoy?

Ianya agak sukar. Dalam sebuah majalah, Allure magazine pernah mengatakan bahawa "Mencari minyak wangi yang tepat untuk kita seperti mencari seorang suami yang tepat untuk kita."

Anda mungkin merasakan yang pemilihan minyak wangi yang anda pilih tidak logik dan tidak masuk akal. Ini kerana deria bau anda berkait rapat dengan emosi anda dan ianya sangat emosional.

Tetapi minyak wangi yang anda minat mungkin tergolong hanya satu atau dua sahaja keluarga minyak wangi daripada 14 keluarga minyak wangi yang dikelaskan dalam pos sebelum ini.

Oleh itu, seperti semua perkara baik, anda perlu mengambil masa anda untuk mengetahui jenis minyak wangi yang sesuai untuk anda.

Wednesday, December 28, 2011

Jenis-jenis minyak wangi

Pada hari ini, mari kita mengenal jenis minyak wangi supaya kita tahu jenis apakah yang sesuai dengan diri kita. Secara umum, minyak wangi terbahagi dalam 4 kategori iaitu:

1) Oriental Notes
2) Floral Notes
3) Fresh Notes
4) Woody Notes

Dalam 4 kategori ini pula, dipecahkan lagi kepada 12 kelas, iaitu:

Oriental Notes

1. Soft Oriental
2) Oriental
3)Woody Oriental

Floral Notes

1. Floral
2. Soft Floral
3. Floral Oriental

Fresh Notes

1. Aromatic
2. Citrus
3. Water
4. Green

Woody Notes

1. Dry Woods
2. Mossy Woods
3. Woods

Saya akan menerangkan jenis-jenis ini dan perbezaan setiap kelas pada pos-pos yang akan datang.

Senarai minyak wangi

Anda boleh melihat senarai minyak wangi di bahagian katalog. Anda juga boleh menempah apa sahaja jenis minyak wangi yang anda inginkan walaupun tidak terdapat di dalam KATALOG. Untuk tempahan, sila hubungi 012-2526984

Tuesday, December 27, 2011

Promosi Akhir Tahun dan Awal Tahun 2012.

Semua minyak wangi tidak mengira jenis dan berat akan dijual dengan harga yang sama iaitu RM60 sahaja. Promosi ini bermula daripada 25 Disember 2012 sehingga 1 Januari 2012.

Anda boleh menempah apa sahaja jenis minyak wangi kegemaran anda walaupun ianya tidak terdapat dalam blog ini.

Dengan cara ini, anda boleh memiliki minyak wangi yang anda inginkan dengan harga yang murah dan berpatutan.

Sms jenama minyak wangi yang anda mahukan dan kami akan mendapatkannya.

Untuk tempahan, sila sms 012-2526984.