Tuesday, February 14, 2012

Monday, February 13, 2012

Kenapa kita suka perfume?

Kerana ia membantu kita berasa baik tentang diri dan orang lain. Baru-baru ini ujian psikologi menunjukkan bahawa orang-orang yang menggunakan haruman kerap mempunyai sikap yang lebih positif ke arah bersosial dan mungkin lebih mahir bersosial daripada mereka yang jarang atau tidak pernah memakainya. 

Ujian ini juga mendapati bahawa orang yang percaya bahawa orang fikir mereka mempunyai bau badan yang sedap akan lebih berkeyakinan. Menarik bukan :)
 

Wednesday, February 1, 2012

Bagaimana deria bau kita bertindak balas terhadap perfume?

Molekul bau melalui laluan hidung anda ke 2 laluan yang amat kecil terletak di bahagian tengah-tengah hidung anda. Laluan ini terdiri daripada berjuta-juta deria bau yang sangat istimewa yang mampu membezakan berjuta-juta jenis bau secara semulajadi.

Molekul bau ini akan melarut ke dalam lembapan dan melekat pada bilu-bulu halus yang terdapat pada hidung anda.

Kajian menunjukkan bahawa setiap sel mempunyai berjuta-juta reseptor mereka tersendiri, dan setiap satunya bertindak balas pada bau yang berbeza.

Sel-sel ini akan memberikan mesej kepada sistem limfa anda, bahagian yang mengawal mood dan emosi anda.

Selain mempengaruhi mood dan emosi anda, ia juga mempengaruhi hormon, metabolisma dan stress anda dan bukan itu sahaja, ia juga turut bertindak balas kepada keinginan seks, marah, ketakutan dan kegembiraan. Kerana itulah minyak wangi merupakan satu pengalaman penuh dengan emosi.