Saturday, December 31, 2011

Macam mana nak simpan minyak wangi?

Saya berasa sangat terkejut apabila mendapati bahawa ramai orang tidak mengetahui bagaimana cara menyimpan minyak wangi dengan betul. Ini menyebabkan minyak wangi mereka kehilangan bau dengan cepat dan tidak tahan lama.

Bukan itu sahaja, malah sesetengah minyak wangi yang berkualiti tinggi kadang-kadang boleh bertukar bau akibat cara menyimpan minyak wangi yang salah.

Oleh itu pada hari ini saya akan berkongsi cara-cara menyimpan minyak wangi dengan betul.

Pertama, letakkan minyak wangi anda di tempat yang sejuk, kering, jauh daripada sinaran matahari dan letakkan jauh daripada sumber panas seperti radiator. Kepanasan melampau dan kesejukan melampau akan menghilangkan keseimbangan minyak dan mengubah baunya.

Sebaik sahaja botol minyak wangi dibuka, gunakannya. Satu semburan akan mengeluarkan udara daripada botol dan minyak wangi akan lambat pudar dan menyejat dengan penutup tetapi minyak wangi paling tinggi kualiti juga akan hilang secara beransur-ansur dengan masa.

Jika anda berminat dengan minyak wangi yang mempunyai kaitan dengan musim, adalah lebih baik jika anda memiliki minyak wangi bagi musim luruh dengan minyak wangi musim luruh dan begitu juga sebaliknya.

Diharap dengan tips ini anda dapat menggunakan minyak wangi anda dengan penuh kegembiraan dan keseronokan.

Friday, December 30, 2011

Bagaimana untuk membuat minyak wangi tahan lama?

Rahsia untuk minyak wangi tahan lama ialah "pelapisan minyak wangi". Lapiskan bau minyak wangi anda dengan pelbagai bentik atau jenis minyak wangi yang sama seperti sabin, minyak mandi, gel,losyen krim,bedak dan minyak wangi itu sendiri.

Setiap satunya akan saling menguatkan antara satu sama lain malah kadang kala ia meningkat sehingga 3-4 kali ganda ketahanan minyak wangi anda.

Pelapisan atau "fragrance dressing" adalah satu cara yang baik bukan sahaja untuk ketahanan minyak wangi malah untuk mengurangkan bau minyak wangi yang terlalu kuat untuk penggunaan seharian.

Kaedah kedua ialah dengan meletakkan minyak wangi anda di tempat yang sejuk seperti peti ais kerana minyak wangi akan bertahan lebih lama dan baunya akan lebih kuat pada tempat bersuhu 3-7 darjah celcius.

Dengan tips ini, saya berharap anda dapat memanfaatkan sepenuhnya dan bergembira bersama minyak wangi anda dan dengan orang yang tersayang.

Thursday, December 29, 2011

Bagaimana untuk menemui minyak wangi yang anda benar-benar suka dan enjoy?

Ianya agak sukar. Dalam sebuah majalah, Allure magazine pernah mengatakan bahawa "Mencari minyak wangi yang tepat untuk kita seperti mencari seorang suami yang tepat untuk kita."

Anda mungkin merasakan yang pemilihan minyak wangi yang anda pilih tidak logik dan tidak masuk akal. Ini kerana deria bau anda berkait rapat dengan emosi anda dan ianya sangat emosional.

Tetapi minyak wangi yang anda minat mungkin tergolong hanya satu atau dua sahaja keluarga minyak wangi daripada 14 keluarga minyak wangi yang dikelaskan dalam pos sebelum ini.

Oleh itu, seperti semua perkara baik, anda perlu mengambil masa anda untuk mengetahui jenis minyak wangi yang sesuai untuk anda.

Wednesday, December 28, 2011

Jenis-jenis minyak wangi

Pada hari ini, mari kita mengenal jenis minyak wangi supaya kita tahu jenis apakah yang sesuai dengan diri kita. Secara umum, minyak wangi terbahagi dalam 4 kategori iaitu:

1) Oriental Notes
2) Floral Notes
3) Fresh Notes
4) Woody Notes

Dalam 4 kategori ini pula, dipecahkan lagi kepada 12 kelas, iaitu:

Oriental Notes

1. Soft Oriental
2) Oriental
3)Woody Oriental

Floral Notes

1. Floral
2. Soft Floral
3. Floral Oriental

Fresh Notes

1. Aromatic
2. Citrus
3. Water
4. Green

Woody Notes

1. Dry Woods
2. Mossy Woods
3. Woods

Saya akan menerangkan jenis-jenis ini dan perbezaan setiap kelas pada pos-pos yang akan datang.

Senarai minyak wangi

Anda boleh melihat senarai minyak wangi di bahagian katalog. Anda juga boleh menempah apa sahaja jenis minyak wangi yang anda inginkan walaupun tidak terdapat di dalam KATALOG. Untuk tempahan, sila hubungi 012-2526984

Tuesday, December 27, 2011

Promosi Akhir Tahun dan Awal Tahun 2012.

Semua minyak wangi tidak mengira jenis dan berat akan dijual dengan harga yang sama iaitu RM60 sahaja. Promosi ini bermula daripada 25 Disember 2012 sehingga 1 Januari 2012.

Anda boleh menempah apa sahaja jenis minyak wangi kegemaran anda walaupun ianya tidak terdapat dalam blog ini.

Dengan cara ini, anda boleh memiliki minyak wangi yang anda inginkan dengan harga yang murah dan berpatutan.

Sms jenama minyak wangi yang anda mahukan dan kami akan mendapatkannya.

Untuk tempahan, sila sms 012-2526984.

Sunday, November 13, 2011

Jenis minyak wangi yang sesuai mengikut situasi.

Tahukah anda bahawa setiap minyak wangi mempunyai jenis mereka yang tersendiri. Anda perlu mengetahui jenis apa yang sesuai dengan diri anda untuk dipakai oleh anda ketika anda berada di pejabat atau ketika anda berada di majlis formal.

EDP atau Eau De Parfum biasanya dipakai di majlis-majlis formal seperti majlis tari-menari dan juga dipakai ketika anda berada dalam majlis perkahwinan atau anda sendiri merupakan seorang pengantin.

EDP akan melahirkan sifat sensual dan feminin bagi orang perempuan. Ini sekaligus membuatkan kaum Adam berasa sangat tertarik pada anda.

Bagi lelaki pula, ianya akan memberikan rasa keyakinan yang tinggi kepada lelaki tersebut sehingga menyebabkan lelaki tersebut nampak gah serta bergaya.

EDT atau Eau De Toilette pula biasanya dipakai di kawasan pejabat atau ketika anda mahu keluar rumah seperti ke pasar atau ke shopping mall. Baunya yang lembut menyebabkan ianya sesuai dipakai di pejabat dan ketika di luar rumah. Ia juga lebih manis dan lebih menyenangkan.

Tidak terlalu kuat dan tidak pula terlalu lembut. Hanya sederhana. Dengan tips ini, anda bolehlah memilih minyak wangi yang sesuai dengan diri anda dan menggunakannya sesuai dengan situasi yang anda hadapi.




Thursday, November 10, 2011

Tip memakai minyak wangi.


Apabila anda memakai minyak wangi, semburkan ia pada nadi anda seperti di lengan anda, leher anda belakang lutut anda, ketiak anda dan sebagainya.

Jangan gosok nadi anda antara satu sama lain seperti apabila anda calit pada tangan kiri, anda gosokkan ia dengan tangan kanan kerana ia akan menghilangkan bau minyak wangi tersebut.

Semburkan minyak wangi ke udara dan anda berjalan pada arah semburan tersebut. Ia akan membantu minyak wangi tersebut bersatu dengan bau badan anda.

Jangan semburkan minyak wangi terus pada leher anda. Sebaiknya panaskan badan anda kerana bau minyak wangi akan lebih menyerlah bersama dengan suhu badan anda. Letakkan sedikit minyak wangi pada baju dalam anda/ bra kerana ianya akan menyerap masuk ke dalam kapas pada bra tersebut.


Wednesday, November 9, 2011

Minyak wangi terkenal pada awal-awal kemunculannya.

  Chanel No 5 

 

Picture of roses.Ernest Beaux mencipta Chanel No. 5 untuk Coco Chanel pada 1921. Ia mempunyai bau bunga ylang-ylang dan neroli, disebatikan dengan bau jasmin dan ros dan menggunakan kayu manis dan vetiver sebagai bahan asas. Chanel percaya bahawa perempuan patut memakai wangian apabila mereka berharap mereka ingin dicium. Hari ini Chanel menjual sebotol minyak wangi mereka setiap 30 saat.

Tuesday, November 8, 2011

EDP dan EDT

EDP adalah minyak wangi yang mempunyai kepekatan campuran sekitar 8-15%.

EDP mempunyai ketahanan antara 8 hingga 24jam. Ada juga yang mampu bertahan lebih daripada 3hari. Ianya sesuai digunakan untuk ke majlis formal atau makan malam.

EDT  ialah minyak wangi yang mempunyai kepekatan sekitar 4-8%. Ianya sesuai digunakan untuk kegunaan harian seperti ke pejabat.

Harganya hampir sama dengan EDP dan berketahanan 6-8 jam selepas semburan. Ianya sama seperti EDP dalam segala aspek kecuali pada tahap kepekatan minyak wangi tersebut. Minyak wangi ini baunya lebih ringan dan EDP pula lebih pekat.

Tahap ketahanan minyak wangi tidak bergantung kepada kepekatan semata-mata. Ianya bergantung kepada gred minyak wangi tersebut. Semakin tinggi gred minyak wangi tersebut semakin lama minyak wangi itu bertahan.

Secara umum EDP bertahan lebih lama daripada EDT kerana ianya lebih pekat. Tetapi tahap ketahanan antara EDP dan EDT hampir sama bagi gred minyak wangi yang sama.

Kerana itulah lazimnya apabila anda pergi ke tempat minyak wangi mereka akan mengatakan EDP bertahan lebih lama berbanding EDT sedangkan tahap ketahanan hampir sama kecuali sedikit sahaja.

Dengan penjelasan ini, diharap anda dapat membezakan jenis minyak wangi dan ketahanan minyak wangi.

Monday, November 7, 2011

Pelajari Bagaimana Minyak Wangi Membantu Seorang Gadis Yang “Biasa” Mendapatkan Kerja Idamannya…

Pada hari Isnin di dalam sebuah pejabat berhawa dingin, seramai 25 orang gadis yang cantik dan bergaya datang untuk minta kerja. Dan dalam ramai-ramai orang yang minta kerja itu, terdapat seorang gadis biasa yang juga turut menyimpan hasrat yang sama.

Akhirnya setelah beberapa saringan dibuat, hanya 2 orang sahaja yang tinggal. Calon pertama merupakan seorang graduan daripada UiTM dan merupakan seorang yang sangat cantik dan mengkagumkan.

Manakala seorang lagi hanya merupakan seorang gadis biasa. Namun pada hari itu, terdapat sesuatu yang berbeza pada dirinya. Pada hari itu, gadis tersebut memakai minyak wangi manakala seorang lagi tidak.

Akhirnya gadis tersebut mendapat kerja idamannya.
Kenapa gadis tersebut mendapat kerja tersebut dengan hanya memakai minyak wangi sedangkan si gadis yang cantik itu tidak mendapat pekerjaan tersebut?

Ini kerana pada pandangan interviewer, gadis yang memakai minyak wangi itu alert dengan keadaan persekitaran dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sedangkan gadis yang seorang lagi tidak kisah dengan keadaan persekitaran memandangkan beliau seorang yang “cantik”.

Disini anda dapat melihat bagaimana minyak wangi dapat membantu dalam kareer anda.

Saya masih ingat lagi pada satu ketika dimana saya pergi ke tempat kerja menaiki LRT. Pada waktu itu, ramai orang berhimpit-himpit berebut tempat duduk  dan berdiri untuk pergi ke tempat kerja masing-masing.

Pada ketika itu, kita dapat melihat pelbagai telatah orang.  Ada yang tension, ada yang happy dan ada yang relax jer…

Namun pernah tak anda menaiki LRT atau bas kemudian anda ingin keluar daripada LRT itu kerana anda terbau bau yang sangat busuk terutamanya apabila anda pulang dari tempat kerja…

Kenapa keadaan ini terjadi? Ini kerana mereka yang berada di dalam LRT tersebut berada dalam keadaan berpeluh dan mereka tidak memakai apa-apa untuk menghilangkan bau itu..

Namun begitu, minyak wangi seperti Gucci, Escada sangat mahal malah kita langsung tidak berani untuk menjejak kaki ke sana…

Kerana itu, saya dan sahabat saya berusaha untuk mendapatkan minyak wangi berkualiti tinggi dan berusaha sedaya upaya untuk menjualnya dengan harga yang murah..

Kami dapati ianya sangat sukar..ini kerana kami terpaksa menanggung kos sewa dan kakitangan..kami dapati satu-satunya cara untuk menjual minyak wangi berjenama dengan harga murah adalah dengan menjualnya secara online dan kerana itulah, kami bertemu dengan anda…

Semua minyak wangi yang kami jual disini merupakan minyak wangi Original dan diimport khas daripada Dubai dan telah mendapat copyright daripada negara Perancis khusus untuk anda…

Semua harga yang terdapat disini telah diberi potongan hanya untuk anda..Anda boleh melihat senarai minyak wangi di website kami  http://durratunnisa.blogspot.com dan jika anda mahukan minyak wangi lain, anda boleh P.M/mesej kami atau emelkan ke tunetalkx@gmail.com . Anda juga boleh menghubungi kami jika anda mahu membeli secara borong.

Contact number: 012-2526984/017-3586952

1.    1 Million for Men RM120
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2182679761709&set=a.2182679721708.2105281.1088403012&type=3&theater

2.    Black XS Paco Rabanne for men RM120
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2182679881712&set=a.2182679721708.2105281.1088403012&type=3&theater

3.    Dolce Gabbana the One RM125
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2182680081717&set=a.2182679721708.2105281.1088403012&type=3&theater

4.    Boss Bottled Hugo Boss for men RM105
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2182680161719&set=a.2182679721708.2105281.1088403012&type=3&theater

5.    Jean Paul Gaultier Le Male for men RM115
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2182680281722&set=a.2182679721708.2105281.1088403012&type=3&theater

6.    Diesel Fuel For Life Homme for Men 75ml RM115
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2182680361724&set=a.2182679721708.2105281.1088403012&type=3&theater

7.    Acqua di Gioia Giorgio Armani for women RM125
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2182680441726&set=a.2182679721708.2105281.1088403012&type=3&theater

8.    212 VIP Carolina Herrera for women RM125
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2182680601730&set=a.2182679721708.2105281.1088403012&type=3&theater

9.    Black XS Paco Robane For Women RM110
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2182680841736&set=a.2182679721708.2105281.1088403012&type=3&theater

10.    Dunhill Desire for men (RM155)
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2182680921738&set=a.2182679721708.2105281.1088403012&type=3&theater

11.    212 Sexy (RM120)
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2182681001740&set=a.2182679721708.2105281.1088403012&type=3&theater

12.    DKNY Delicious Limited Edition Sweet Caramel RM175
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2183198254671&set=a.2182679721708.2105281.1088403012&type=3&theater