Wednesday, January 11, 2012

Kenapa kadang-kadang minyak wangi yang kita pakai tidak bertahan lama?

Perasan tak kadang-kadang masa kita pakai minyak wangi, bau dia cepat sangat hilang malah kadang kala bau juga berubah. 

Malangnya, ini terjadi kerana tindak balas kimia pada badan kita kadang-kadang membuatkan minyak wangi jauh lebih cepat tersejat berbanding biasa menyebabkan bau dia cepat hilang. Dalam erti kata lain, kulit anda menendang keluar bau minyak wangi tersebut. 

Daripada eau de toilette boleh bertahan sehingga 3-4 jam, ia hilang dalam masa sejam sahaja. Kadar hilang bau meningkat sehingga 3 kadang kala 4 kali ganda. Malah dalam sesetengah kes, ia hilang dalam masa kurang daripada sejam. 

Ini berlaku kerana kulit kita menghasilkan asid untuk membunuh kuman. Asid yang sama juga menghilangkan bau minyak wangi yang melekat pada badan anda. Tapi perkara ini tidak berlaku kepada semua orang.

Ini kerana kadar asid yang terdapat pada badan seseorang berbeza mengikut pemakanan, genetic dan gaya hidup. Sebagai contoh, anda bekerja sebagai buruh. Anda akan mengeluarkan banyak peluh. 

Peluh itu akan menambahkan lagi kandungan asid pada kulit anda. Tetapi jika anda bekerja di pejabat, bau itu boleh bertahan lebih lama. Kerana anda duduk di dalam ofis yang berhawa dingin. 

Bagaimana untuk anda mengetahui bahawa kandungan asid pada badan anda melebihi daripada biasa? Caranya ialah dengan menjilat pergelangan tangan anda. Adakah anda berasa sedikit tajam dan pedas? 

Itulah petanda kulit anda mengandungi kandungan asid yang tinggi. Dan semakin tinggi kandungan asid, semakin tinggi kadar kulit anda menghilangkan malah mengubah bau minyak wangi anda. 

Ubat-ubatan juga boleh mengubah keseimbangan bahan kimia dalam badan anda. Diet kurang lemak, stress, makanan pedas, makanan segera semuanya mempengaruhi suhu badan kita dan menjadi pemangkin pada kulit kita untuk menghilangkan bau minyak wangi kita pakai. 

Malah, jika kulit anda kering dan anda juga mengandung, anda akan dapati minyak wangi jauh lebih cepat hilang berbanding biasa sehingga menyebabkan ramai yang mengadu tentang kenapa minyak wangi mereka cepat hilang baunya.

Penyelesaiannya? Letakkan satu lapisan losyen diantara kulit anda dan minyak wangi anda. Lapisan itu akan menyebabkan minyak wangi akan kekal lebih lama. Ia juga akan memperlahankan kadar kehilangan tersebut.

Sebaik-baiknya anda menggunakan losyen yang mempunyai bau yang sama dengan minyak wangi anda. Ini akan menyebabkan bau yang berganda dan meningkatkan lagi kadar ketahanan minyak wangi anda.

Penyelesaian kedua? Gunakan minyak mandi yang sama dengan bau minyak wangi anda atau menghampiri bau minyak wangi anda.

Selepas mandi ketika kulit anda sedang kering tetapi masih suam daripada air mandi anda, letakkan minyak mandi yang sama baunya dengan minyak wangi anda pada bahagian nadi anda. Kemudian, sembur minyak wangi pada tempat yang sama.

Dengan tips ini, saya berharap anda dapat menggunakan minyak wangi anda dengan sempurna dan menikmati hidup anda dengan penuh ceria. 

No comments:

Post a Comment