Thursday, December 29, 2011

Bagaimana untuk menemui minyak wangi yang anda benar-benar suka dan enjoy?

Ianya agak sukar. Dalam sebuah majalah, Allure magazine pernah mengatakan bahawa "Mencari minyak wangi yang tepat untuk kita seperti mencari seorang suami yang tepat untuk kita."

Anda mungkin merasakan yang pemilihan minyak wangi yang anda pilih tidak logik dan tidak masuk akal. Ini kerana deria bau anda berkait rapat dengan emosi anda dan ianya sangat emosional.

Tetapi minyak wangi yang anda minat mungkin tergolong hanya satu atau dua sahaja keluarga minyak wangi daripada 14 keluarga minyak wangi yang dikelaskan dalam pos sebelum ini.

Oleh itu, seperti semua perkara baik, anda perlu mengambil masa anda untuk mengetahui jenis minyak wangi yang sesuai untuk anda.

No comments:

Post a Comment