Thursday, January 26, 2012

Adakah kulit anda sesuai dengan perfume?

Adakah kulit anda sesuai dengan perfume yang anda pakai? Tahukah anda bahawa tidak semua kulit mampu menahan bau perfume yang anda pakai.

Ini kerana perfume memerlukan medium untuk membolehkan mereka kekal pada kulit anda dan membolehkan anda menghidunya dan orang sekeliling anda menghidunya.

Oleh itu, ada orang yang tidak berbau walaupun telah menyembur begitu banyak perfume dan ada setengah orang hanya sembur sikit sahaja dah boleh bau satu kampung.

Soalan yang harus kita tanya pada diri kita ialah kulit yang bagaimana membolehkan kita kekal harum walaupun telah lama memakainya dan bagaimana pula untuk mengatasi masalah jika kulit kita tidak sesuai atau tidak mampu menahan bau perfume.

Jawapannya ialah terdapat secara amnya, kulit kita terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis kulit kering dan kulit berminyak.

Kulit berminyak bermaksud kulit itu menghasilkan lebih banyak rembesan minyak yang terhasil akibat lemak yang berada di bawah kulit mereka. Oleh itu, kulit kelihatan berminyak, manakala kulit kering bermaksud sebaliknya.

Lazimnya kulit berminyak yang paling sesuai dengan perfume. Ini kerana kulit berminyak mampu menahan bau perfume daripada hilang ke udara begitu sahaja. Bukan itu sahaja, kulit berminyak juga mampu membebaskan lebih banyak bau perfume berbanding jenis kulit yang lain.

Tetapi minyak yang terlau banyak akan menyebabkan bau perfume cepat hilang dan kadang-kala ianya akan bertukar bau akibat pemakanan dan keadaan sekeliling.

Yang paling ideal ialah pertengahan diantara keduanya. Ianya akan membebaskan lebih banyak bau perfume dan pada masa yang sama mengekalkannya.

Jenis kulit kedua iaitu kulit kering pula berbeza ceritanya. Kulit kering oleh kerana tidak mempunyai minyak atau minyak yang sedikit menyebabkan kulit mereka tidak mampu menahan perfume yang mereka pakai.

Ini menyebabkan mereka selalu mengadu kepada kawan-kawan atau kedai yang mereka beli perfume kenapa mereka apabila memakai perfume, bau dia hilang begitu sahaja.

Jawapannya ialah anda mempunyai kulit kering. Tapi jangan risau, ada penyelesaiannya. Penyelesaiannya ialah anda harus memakai losyen sebelum anda memakai perfume yang anda sukai. Dan sebaik-baik losyen ialah losyen yang mempunyai bau yang sama dengan perfume yang anda pakai.

Perasan tak ada sesetengah perfume didatangkan dengan set gel mandi, minyak mandi dan losyen. Ada sesetengah daripada mereka juga didatangkan dengan pek perjalanan atau travel. Kenapa? Ini kerana mereka menyedari bahawa ada pelanggan menghadapi masalah ini.

Maka mereka menghadirkan set ini khas untuk anda. Nasihat saya ialah anda pakai set ini untuk perfume anda supaya anda boleh menikmati perfume anda sama seperti orang lain.

Saya berharap dengan artikel saya pada kali ini, anda lebih mengenali kulit anda dan anda lebih mengenali jenis perfume yang sesuai dengan kulit anda.

No comments:

Post a Comment