Sunday, January 29, 2012

Macam mana nak tahu perfume yang kita pakai sesuai dengan kita atau tidak?

Ramai orang bertanya kepada saya bagaimana untuk tahu bagaimana untuk tahu perfume yang kita pakai sesuai dengan diri kita atau tidak. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan perfume.

  •  Jenis kulit
Anda perlu tahu jenis kulit yang anda miliki sebelum anda tahu jenis perfume apa yang patut anda pakai. Jika kulit anda kering, lazimnya perfume yang anda pakai sama ada tidak berbau langsung atau cepat hilang baunya.

Jika kulit anda berminyak, sama ada bau terlalu kuat atau bertukar bau atau baunya juga menghilang.

Bagi jenis kulit yang kering, digalakkan anda memakai losyen sebelum anda memakai perfume. Ini kerana anda tidak mempunyai minyak dalam kulit anda untuk menahan bau minyak wangi daripada hilang. Kerana itulah bau perfume anda cepat hilang dan kurang menyerlah.

Kedua, anda digalakkan menggunakan perfume jenis EDP yang lebih kuat kerana oleh kerana kulit anda kering dan tidak mampu menahan bau perfume, EDP akan melekat lebih lama dengan anda dan baunya akan lebih "mild" dengan anda.

Bagi jenis kulit berminyak, digalakkan memilih jenis perfume EDT dalam pemakaian biasa dan hanya memakai EDP ketika ke majlis rasmi seperti prom, keluar dating, dan sebagainya. Ini disebabkan oleh kulit anda yang berminyak, ia akan menyerlahkan lagi bau perfume yang anda pakai.

Ini bermakna jika anda memakai EDT, barangkali baunya seperti EDP. Dan jika anda memakai EDP, boleh jadi baunya akan terlalu kuat untuk anda.

Sama seperti kulit kering, anda juga boleh memakai losyen dengan tujuan untuk meringankan bau perfume EDP yang anda pakai dan pada masa yang sama mengekalkan bau perfume anda dengan lebih lama.

  •   Tempat kerja anda
Jika anda bekerja di tempat yang panas dan terik, anda digalakkan tidak memakainya kerana dikuatiri akan menyebabkan bau perfume berubah disebabkan perpeluhan anda.

Anda boleh menggunakan losyen sebagai backup jika anda tetap mahu memakainya dan anda juga boleh menyemburnya di baju anda walaupun ianya mungkin akan mengotorkan baju anda terutamanya jika ia berwarna.

Tetapi apabila kita bekerja di tempat begitu, kita terpaksa menyembur di baju kita kerana lebih baik baju kotor daripada badan berbau busuk. Baju kotor kita boleh basuh tapi bau badan busuk, semua orang mengata kita. Kadang-kadang sampai setahun pun orang masih mengata.

Jika anda bekerja di tempat yang berpenghawa dingin, digalakkan anda memakai perfume yang lembut seperti EDT kerana bau perfume lazimnya lebih menyerlah di tempat-tempat sejuk khususnya di pejabat atau bilik berpenghawa dingin.

Oleh itu, bagi sesiapa yang nak cari jodoh khususnya perempuan, pakailah perfume berbau bunga. Sangat digalakkan. Dan bagi isteri yang mahu menambat hati suami, buka air cond kuat-kuat dan pakai perfume anda. Sure menambahkan lagi keintiman dan kasih sayang antara suami dan isteri.

  •   Suhu badan
Setiap orang mempunyai suhu kulit yang agak berbeza walaupun suhu dalam badan agak sama. Ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jenis kulit dan sebagainya.

Kerana itulah anda boleh memegang tangan kawan anda yang berada di tempat yang sama dan suhu persekitaran yang sama, tetapi apabila kita memegang tangan mereka, satu rasa sejuk dan seorang lagi rasa panas.

Jika ini berlaku, bagi anda yang mempunyai suhu badan yang panas, digalakkan anda memakai perfume EDT kerana suhu badan yang panas akan menyerlahkan lagi baunya. Malangnya bau juga akan cepat hilang.

Bagi yang bersuhu sejuk, anda digalakkan memakai perfume EDP kerana bau perfume yang anda pakai mungkin kurang menyerlah pada diri anda.

Terdapat pelbagai lagi faktor yang mempengaruhi bau perfume seseorang tapi lazimnya 3 inilah yang boleh anda jadikan sebagai panduan anda dalam mencari perfume anda. Semoga anda sentiasa hidup dengan penuh keindahan.

No comments:

Post a Comment